Kalau anda bina website WordPress untuk terima bayaran, memilih payment gateway bukan sekadar tengok siapa paling murah.
Dalam WooCommerce, gateway perlu bercakap dengan sistem order anda. Flow biasanya berlaku begini: pelanggan bayar → gateway sahkan transaksi → WooCommerce terima callback/webhook → order berubah status → stok atau akses produk diproses.
Kalau satu bahagian flow ini gagal, pelanggan mungkin sudah bayar tetapi order masih pending, stok boleh berkurang dua kali, subscription gagal renew atau team terpaksa semak transaksi secara manual.
Nota affiliate: Artikel ini mengandungi link referral/affiliate The TRIO. Affiliate link asal CHIP, ToyyibPay, Bayarcash dan OnPay dikekalkan. Pilihan gateway tetap perlu dibuat berdasarkan compatibility dan keperluan sebenar website.

KANDUNGAN PERKONGSIAN
Cara paling mudah biasanya melalui plugin WooCommerce rasmi atau integrasi yang disediakan oleh gateway. Tetapi jangan tengok sama ada plugin “wujud” sahaja. Semak bila kali terakhir dikemas kini, versi WordPress dan WooCommerce yang disokong, PHP requirement serta siapa yang maintain plugin tersebut.
Callback atau webhook memberitahu WooCommerce bahawa pembayaran sudah berjaya atau gagal. Kalau callback gagal, gateway mungkin menunjukkan transaksi berjaya tetapi WooCommerce masih anggap pelanggan belum bayar.
Flow order perlu mudah difahami. Untuk produk fizikal, digital dan subscription, status yang digunakan boleh berbeza. Jangan ubah order status melalui custom code tanpa faham bagaimana plugin gateway dan WooCommerce mengurus status tersebut.
WooCommerce boleh mengurangkan stok berdasarkan event tertentu. Plugin gateway pula boleh menjalankan action apabila transaksi berjaya. Jika configuration atau customization salah, stok boleh berkurang lebih daripada sekali.
Untuk produk limited seat, tiket event atau kuota tertentu, isu ini sangat kritikal dan wajib diuji sebelum launch.
Kalau website jual membership tahunan, maintenance plan, subscription produk atau yuran berkala, jangan pilih gateway berdasarkan label “ada recurring” sahaja. Semak automatic renewal, failed renewal, card token, retry payment, cancellation dan refund.
Ada gateway yang membolehkan refund dari dashboard WooCommerce dan ada yang memerlukan refund dibuat di portal gateway. Kedua-duanya boleh digunakan, tetapi team perlu tahu flow sebenar supaya rekod WooCommerce dan rekod gateway tidak bercanggah.
CHIP menyatakan mereka mempunyai integrasi dengan pelbagai platform dan plugin, selain RESTful API, payment links serta recurring payments. Untuk WordPress, ia menarik kerana anda boleh bermula dengan payment gateway dan masih mempunyai ruang untuk integrasi lebih kompleks kemudian.
Kadar rasmi yang disemak untuk kemas kini ini menyenaraikan FPX B2C RM1, FPX B2B RM2, kad kredit tempatan 2%, kad debit tempatan 1%, kad asing 3% dan DuitNow QR 1% dengan minimum RM0.15. Caj boleh berubah dan tertakluk kepada SST.
Billplz merupakan pilihan lama dalam ekosistem pembayaran Malaysia. Untuk WooCommerce, perkara paling penting ialah semak plugin/integrasi yang digunakan, callback URL, API credentials, order status mapping dan refund flow.
ToyyibPay sesuai dipertimbangkan untuk bisnes yang banyak menerima bayaran tempatan dan mahukan payment page yang lebih straightforward. Sebelum pilih untuk WooCommerce, semak plugin yang akan digunakan dan pastikan ia benar-benar compatible dengan checkout anda.

Bayarcash menarik untuk bisnes yang mahu pelbagai channel bayaran dan memberi perhatian kepada settlement. Untuk WordPress, selain caj transaksi, semak plugin gateway, callback behaviour dan bagaimana transaksi gagal atau berjaya mengubah order WooCommerce.
Ujian ini membantu mengesan masalah sebelum pelanggan sebenar terlibat — terutamanya untuk stok terhad, seat event atau subscription.
Pelanggan melalui satu perjalanan: Landing Page → Product → Cart → Checkout → Payment Gateway → Confirmation → Order Processing → Fulfilment.
Kalau website laju tetapi checkout terlalu panjang, conversion masih boleh jatuh. Begitu juga kalau bayaran berjaya tetapi order status tak update. Sebab itu The TRIO melihat WooCommerce sebagai sistem jualan, bukan sekadar “pasang plugin e-commerce”.
Tak semua bisnes perlu WooCommerce. Kalau anda mahu setup jualan lebih cepat dan tak mahu urus terlalu banyak aspek teknikal WordPress, OnPay boleh menjadi alternatif untuk sesetengah use case.
The TRIO menyediakan servis Website WordPress & WooCommerce untuk PKS/SME dari Kota Bharu, Kelantan dan projek di seluruh Malaysia.
Kalau website anda perlukan integration atau automation yang lebih kompleks daripada WooCommerce biasa, lihat juga Custom System & Business Automation.
Ya, melalui payment gateway yang menyediakan integrasi atau plugin yang sesuai. Pastikan callback dan order status diuji selepas setup.
Tiada satu gateway terbaik untuk semua. Pilih berdasarkan payment method, plugin compatibility, settlement, recurring requirement dan support.
Boleh. WooCommerce boleh menawarkan lebih daripada satu pilihan pembayaran. Susun hanya payment method yang benar-benar diperlukan supaya checkout tidak mengelirukan.
Antara punca biasa ialah callback atau webhook tidak sampai, credential salah, firewall atau cache mengganggu endpoint, atau plugin gateway gagal mengemas kini order.
Secara tidak langsung, ya jika flow order, callback atau custom stock handling tidak dikonfigurasi dengan betul. Sebab itu testing sebelum launch sangat penting.
Plugin, compatibility dan kadar payment gateway berubah dari semasa ke semasa. Semak plugin dan dokumentasi rasmi penyedia sebelum implement pada website production.
Jika mahu memahami topik ini dengan lebih mendalam, boleh sambung membaca Panduan Payment Gateway Malaysia sebagai rujukan berkaitan.
