The TRIO Malaysia | Your Digital Marketing Strategist | Web Designer Malaysia
RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Google Ads Launchpad – Panduan Asas Bisnes Lokal
Cover Ebook Google Ads Launchpad

Dah Buntu Cari Pelanggan Baru Untuk Bisnes Servis Lokal Anda? Sales Makin Slow?

Hari-hari Buka Kedai, Tapi Pelanggan Sendu…

Hari-hari buka klinik, bengkel, atau kedai, tapi yang masuknya sendu. Dah penat perabih duit buat iklan kat media sosial—likes memang banyak, PM pun berderet, tapi bila sebut harga terus krik krik (tinggal bluetick je). Anda perlukan pelanggan yang ready nak bayar sekarang, bukan yang sekadar nak ‘survey’ harga.

Kenapa Mesti Fokus Kepada Google Ads?

Nak tahu lubuk rahsia bisnes lokal yang sentiasa penuh pelanggan? Jawapannya adalah Google Ads. Kenapa kena fokus Google? Sebab orang guna Google ni ‘high intent’ (memang ada niat nak beli atau guna servis).

Bayangkan, orang search “klinik demam 24 jam” atau “servis aircon rosak” masa dorang tengah terdesak. Dorang taknak tengok iklan menari-nari, dorang terus nak tekan Call dan datang kedai!

Anda tak payah terhegeh-hegeh cari pelanggan, dorang yang cari anda.

Bahaya Main “Langgar Je” Tanpa Ilmu

Tapi… masalahnya bila anda semangat buka akaun Google Ads buat kali pertama, tengok-tengok dashboard dia… mak aih, pening kepala! Banyak sangat butang teknikal. Kalau anda main “langgar” je dan buta-buta ikut cadangan auto-setting Google, memang bersedialah tengok bajet iklan lebur macam air.

Beratus, silap-silap beribu ringgit terbang dalam 2-3 hari tapi takde sorang pun pelanggan lekat. Bajet bocor teruk, last-last anda terus fobia dan cop Google Ads ni menipu!

Ebook Google Ads Launchpad: Panduan Asas Yang Jelas

Cover Ebook Google Ads Launchpad

Sebab tulah kami siapkan panduan asas yang ringkas dan mudah faham untuk anda: Ebook “GOOGLE ADS LAUNCHPAD: Mula Beriklan Tanpa Bocor Bajet”. Ebook Edisi Bisnes Servis Lokal ni memang kami reka khusus bagi membantu pemula memahami asas tetapan tanpa perlu pening kepala dengan istilah teknikal yang merumitkan.

Pengalaman Sebenar Dari Pakar Yang Dipercayai

Panduan ini dibina berasaskan pengalaman praktikal kami di The TRIO dalam membantu usahawan tempatan mendigitalkan bisnes servis lokal mereka. Kami tapis segala kerumitan dan kumpulkan panduan asas yang betul-betul penting untuk anda fahami.

Dapatkan Panduan Asas Ini Secara PERCUMA!

Hari ni, kami nak bagi Ebook panduan asas ini secara 100% PERCUMA kat anda. Jangan biarkan pesaing asyik “sailang” pelanggan anda kat Google. Sila masukkan maklumat emel anda di bawah untuk mula:

[ Sila Tampal (Paste) Kod Borang Brevo Anda Di Sini ]

Kami percaya, marketing bukan satu-satunya penentu kepada berjayanya sesebuah bisnes dan kekal lama dalam pasaran.

Setiap isu yang anda hadapi dalam bisnes, kami akan semak & periksa secara mendalam dan menyeluruh sehingga terhasilnya solusi yang terbaik & sesuai untuk keperluan bisnes anda.
WhatsApp : +6011 5427 0757
Email : [email protected]
© 2026 THE TRIO GLOBAL (202203183123). All rights reserved.