3M dalam Pemasaran Digital: Rahsia Kejayaan Bisnes Online!

3M dalam Pemasaran Digital: Rahsia Kejayaan Bisnes Online!

Ramai orang tanya saya, “Bro, macam mana nak buat pemasaran digital yang berkesan?”

Lebih 20 soalan macam ni je!

Sebab tu saya pun nak kongsi pasal 3M ni.

PENTING GILA untuk bisnes “online” anda!

Apa benda 3M ni?

3M tu bukan kertas pelekat tau. Haha!

Dia maksudnya:

  1. MARKET (Pasaran – siapa target market kita)
  2. MESSAGE (Mesej – apa ‘problem’ yang kita nak bantu dia)
  3. MEDIUM (Tempat – di mana target market kita berkumpul)

Tiga benda ni kena selaras. Kalau tak, BAZIR DUIT JE la anda nanti!

Siapa patut tahu“explore” pasal 3M ni?

Website Developer Kota Bharu Kelantanl, 3M dalam Pemasaran Digital: Rahsia Kejayaan Bisnes Online!

SEMUA ORANG yang nak buat bisnes “online”!

Tak kira la anda peniaga kecil ke, pengurus syarikat besar ke, atau “freelancer” ke.

Rugi sangat kalau tak faham 3M ini.

Kenapa 3M ni penting sangat?

Sebab dia bagi anda FOKUS!

Anda akan tahu:

  • Siapa nak beli barang anda
  • Apa nak cakap dengan dorang
  • Macam mana nak sampai pada dorang

Kalau tak guna 3M, nanti tersasarlah iklan anda. Rugi je!

Macam Mana Nak Guna 3M?

3M dalam Pemasaran Digital: Rahsia Kejayaan Bisnes Online!
3M dalam Marketing – asas yang nampak biasa, tapi beri kesan luar biasa jika kita buat

Jom tengok satu-satu:

  1. MARKET (Pasaran):
    • Kenali pelanggan anda. Minat dia apa?
    • Tanya-tanya sikit. Buat “survey” ke.
    • Bayang macam mana pelanggan ideal anda.
  2. MESSAGE (Mesej):
    • Fikir apa pelanggan nak dengar. Bukan apa anda nak cakap!
    • Buat mesej yang “simple”. Jangan guna bahasa tinggi sangat.
    • Tunjuk macam mana barang anda boleh selesaikan masalah dia.
  3. MEDIUM:
    • Pilih “platform” yang sesuai. Kalau “target audience” muda, “TikTok” la senang!
    • Cuba banyak “medium”. Jangan letak semua telur dalam satu bakul.
    • Tengok mana yang bagi hasil best.
“Detail” yang perlu kita tahu bagi 1 “targetted market”

Contoh guna 3M?

  1. Jual krim muka organik:
    • “MARKET”: Pompuan umur 25-40 yang sayang alam sekitar.
    • “MESSAGE”: Cerita pasal kebaikan organik untuk kulit dan bumi.
    • “MEDIUM”: “Instagram” dan “blog”. Ramai pompuan cari info kecantikan kat sini!
  2. Jual mainan budak-budak:
    • “MARKET”: Mak ayah umur 30-45 yang nak anak main sambil belajar.
    • “MESSAGE”: Cerita macam mana mainan ni boleh bantu otak budak jadi cerdik.
    • “MEDIUM”: “Facebook” dan “YouTube”. Buat video cara main. Guna “Facebook” untuk iklan.
  3. Jual “service design” grafik:
    • “MARKET”: Boss-boss bisnes kecil yang nak cantikkan jenama.
    • “MESSAGE”: Tunjuk macam mana “design” cantik boleh tarik pelanggan.
    • “MEDIUM”: “LinkedIn” dan “website” sendiri. “Share” contoh kerja dan testimoni kat “LinkedIn”.

INGAT! 3M ni kena selaras. Pasaran tentukan Mesej. Mesej tentukan “Medium”.

Kalau nak jual mainan budak, tak guna la guna “LinkedIn” kan? Mak ayah tak selalu bukak “LinkedIn” pun!

Last sekali, jangan lupa kumpul data. Tengok mana satu “strategy” yang best.

Mungkin anda ingat “Facebook” bagus, tapi lepas cuba, rupa-rupanya “Instagram” lagi “power”!

Yang penting, FAHAM PELANGGAN ANDA. Kalau boleh, tanya terus kat dorang.

Buat “survey” kecik-kecik ke, tanya soalan kat “social media” ke.

Lagi anda faham pelanggan, lagi senang nak sesuaikan 3M ni!

Adeeb Zamil
Adeeb Zamil
Articles: 6